Pages

Wednesday, October 15, 2014

CONTEST SUKA SUKE | PERCUTIAN IDAMAN SAYA

Cabaran hari ke-2 diteruskan..tajuk untuk hari ke dua ni memang menarik and boleh lah sama-sama kita berangan sampai ke langit jap :) Bercerita tentang percutian idaman ni memang terlebih-lebih dah  idea..:) ..memang banyak destinasi menarik yang menjadi impian di hati.. Disebabkan takut lenguh jari-jari menaip ;P so saya akan pick beberapa je destinasi percutian idaman saya..apa org kata best among the best..



Ok pertama sekali percutian idaman saya ni mestilah bersama insan tersayang..suami dan anak-anak. Klau ada rezeki lebih, lagi best klau dapat bercuti bersama keluarga besar sekali..mak ayah dan adik beradik yang lain..mana lah best bercuti sorang2 kan..mati akal klau tak boleh bersembang rasanya.

Destinasi 1: New Zealand

Saya ni memang pecinta alam sejati so sejak tengak cite LOTR (Lord Of The Ring)..memang saya bercita-cita nak datang ke sini..nak tengok dan rasai sendiri keindahan muka bumi ciptaan Allah ni..bukit bukau..gunung ganang..nanti klau sakit lutut boleh la cari tongkat macam Gandaf tu ;)
nak senang lagi telan je 3-4bijik #ostematrix



Heart Lake, New Zealand


Destinasi 2: Andalusia, Spain

Bagi saya Andalusia adalah satu destinasi indah yg menyimpan sejarah hebat ketamadunan Islam. Namun di sebalik sejarah hebat kegemilangan Islam di Andalusia..terpahat tragedi hitam..yang begitu pahit untuk dicerna oleh umat Islam saat kejatuhan kerajaan Islam di Andalusia.

Jom kita terokai sedikit sejarah ketamadunan Islam di Andalusia..

Nama Andalusia diambil sempena istilah bahasa Arab, Al Andalus, merujuk kepada bahagian jazirah Iberia yang dahulunya berada di bawah pemerintahan Muslim.
Sebenarnya, Islam mula masuk ke Sepanyol pada 92 Hijrah di bawah kepemimpinan Panglima Tariq bin Ziyad, Musa bin Nusair dan Abdul Aziz bin Musa. Selepas kemasukan mereka melalui Jabal Tariq (Gibral Tar) pada tahun itu, Sepanyol kemudian muncul menjadi negeri paling makmur.
Pasukan Islam tidak hanya berhenti di Sepanyol, malah terus memperbesarkan empayar ke negara sekitar seperti Perancis. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou dan Tours.
Walaupun pasukan Islam sangat kuat dan memiliki kekuasaan yang luas, tetapi mereka tetap mengutamakan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah barat yang juga kawasan pergunungan.
Islam sudah menerangi Sepanyol dan oleh kerana sikap penguasa Islam begitu baik dan rendah diri, ia terus mendorong warga Sepanyol yang tulus dan ikhlas memeluk Islam.
Mereka bukan hanya beragama Islam, namun amat mempraktikkan kehidupan secara Islam. Mereka tidak hanya membaca al-Quran, malah bertingkah laku berdasarkan al-Quran. Suasana sedemikian berlangsung hampir enam abad.
Namun begitu, ketika Islam kian kukuh di Andalus berabad-abad lamanya, ia tetap dikeliling orang kafir Sepanyol yang sedia menanti untuk menghapuskan Islam, tetapi selalu gagal.
Beberapa kali dicuba, namun tidak berhasil. Mereka kemudian menghantar perisik untuk mengkaji kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik menemui cara bagi menakluki Islam di Sepanyol, iaitu melemahkan iman dengan serangan pemikiran dan budaya.
Musuh kemudian secara senyap menghantar arak secara percuma ke wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk memujuk golongan muda agar lebih suka menyanyi dan menari daripada membaca al-Quran.
Punca lain adalah perbalahan dan permusuhan sesama sendiri sehingga mewujudkan 20 puak yang mempunyai negeri masing-masing. Antaranya Bani Jahur, Bani ‘Ibad, Bani al-Aftas dan Bani Nun. Ekoran wujudnya pelbagai puak, mudahlah musuh Islam di Andalus merebut kembali tanah. Apa yang menyedihkan, ada umat Islam yang ‘menjual’ agama dan negara demi kepentingan peribadi.
Perlanggaran penjanjian yang menjamin keselamatan umat Islam dari Andalusia..dan peristiwa pembunuhan beramai-ramai umat Islam Andalusia begitu meruntun jiwa.

~sumber Utusan Malaysia 18.06.2012~

Memang amat menggamit hati untuk menyelusuri sendiri jejak sejarah Islam di sana.


Mosque Cathedral of Cordoba


Destinasi 3: Venice, Itali

Yang ni semua gara-gara iklan tv dulu-dulu yg ada tunjukkan gondola tu :) tapi Itali memang diakui sebuah negara yang cantik, tengok sahaja kepada senibina bangunannya yang klasik. Orang-orang Itali pun terkenal dengan kecantikan dan handsome kan..(ni en suami la yg bagitau) hehe
Tahun depan ( 2015)  insyaAllah Itali akan menjadi destinasi free trip Shaklee. Klau lah termasuk saya di situ..memang seperti bulan jatuh ke riba..hehe.doakanlah ye..miracles happened right?


Italy Venice Canal




Destinasi 4: London, UK

Why not visit London? kan ;)


London Bridge

London Whitehall and Parliament


Destinasi 5: Korea Selatan

Ini kisah cinta dari mata turun ke hati..bermula dari minat menonton drama-drama korea..memang hati meronta-ronta nak pergi melancong ke sana. InsyaAllah perancangan dalam masa terdekat..tunggu baby yg akan baru lahir November nanti besar sikit..kita pergi cuti-cuti korea ye..yeayy

Gyeongbokgung Palace

Pulau Nami

Memori Winter Sonata..waa romantik2 gitu :)

selamat bercuti semua..salam sayang..


Mencari Pengedar Shaklee Tawau,Pasir Mas, Kota Bharu hubungi saya 

Rosadilawati/Dila (ID 962481) – Pengedar Shaklee Tawau, Sabah
FB: Rosadila Abdul Rahman
Page: Ummi Sarah Vitamin Shop
No Tel: 013-9009956

COD area: Merotai Besar, Felda Umas, Area Bandar Tawau, Pasir Mas, Rantau Panjang, Kota Bharu

No comments:

Post a Comment