Pages

Sunday, October 26, 2014

Pisang| 8 Manfaat Pisang Pada Kesihatan

Berita baik untuk semua peminat pisang..yang tak berapa minat makan pisang pun mesti teruja untuk mula mengamalkan tabiat makan pisang. Terdapat pelbagai manfaat buah pisang ni. Alangkah beruntungnya kita di Malaysia ni walaupun pisang berbuah sekali sahaja tapi mudah sekali untuk kita dapat makan pisang kan..dengan harga yang murah pula tu. alhamdulillah.
Pisang

Pisang

Pisang adalah makanan yg hebat yang mengandungi pelbagai manfaat terhadap kesihatan, sama ada untuk orang biasa, pengamal diet mahupun para atlet. Manfaat pisang memang tiada tolok banding berbanding buah-buahan yang lain. Kombinasi karbohidrat dan vitamin-vitamin B yang terkandung dalam pisang membantu membekalkan "ENERGY BOOST" yang mana menjadikan pisang sangat ideal untuk dimakan 30 minit sebelum sesuatu aktiviti, mahupun sebagai sarapan untuk membekalkan tenaga permulaan setiap hari.
        Pisang bukan sahaja sumber hebat vitamin-vitamin B malah turut mengandungi Vitamin C, A dan tinggi dengan zat kalium (pottasium). Fiber/ serat yang terkandung dalam pisang juga menyumbang kepada pelbagai manfaat kesihatan.

8 Manfaat Pisang Kepada Kesihatan

1) Kesihatan usus
2) Kesihatan kardiovaskular (jantung)
3) Perlindungan daripada strok
4) Perlindungan daripada ulser
5) Meningkatkan tekanan darah
6) Meningkatkan mood 
7) Rangsangan Tenaga
8) Membantu Mengurangkan Pengekalan Air (Water retention)

Pisang vs Slim (Losing Weight)


Wow....berita baik lagi buat pengamal diet secara sihat. Pisang adalah antara buah terbaik untuk menurunkan berat badan. Ia penuh dengan nutrien untuk meningkatkan tenaga dan vitality. Pisang juga rendah kalori dan lemak, ditambah lagi pisang turut mengandungi kandungan air dan potassium yang tinggi. Diet yang tinggi potasium dan rendah sodium seperti dalam makanan yang telah diproses dapat membantu menurunkan berat badan yg disebabkan berat air dalam badan.



Selain daripada pisang terdapat suplemen semulajadi yang dapat membantu anda mendapatkan berat badan yang ideal secara sihat. Berikut adalah suplemen/vitamin dari syarikat terkemuka Shaklee yg dapat membantu menyelesaikan masalah berat badan.

2 produk hebat Shaklee : Slim Secara Sihat

~Salam sayang~

Pengedar Shaklee anda
Dila 0139009956






Tempat Makan Best di Tawau

Kali pertama sampai ke Tawau? Buntu nak cari tempat makan yang best? 
Ok ni  antara tempat makan yang best yg saya boleh suggest..memang terbaik!! 5 bintang. Tempat makan ni memang best, sepanjang 3tahun bermastautin di Negeri Bawah Bayu ni, restoren ni memang antara restoran kegemaran saya dan hubby.
Restoran Sri Titingan Tawau

Memang servis tiptop..sangat pantas..dijamin anda tak akan panas hati tunggu order walaupun ramainya ya ampun :) selain pantas..makanan disini memang memenuhi citarasa, sedap dan harga pun sangat berpatutan..kalau nk compare memang antara yg termurah di Tawau...sangat berbaloi..dah penat-penat saya puji dan rekomen bagai ni..kena la cuba dan rasai sendiri ye..insyaAllah pasti puas hati.
Terdapat pelbagai menu menarik

Restoran Sri Titingan ni terletak di Batu 2, Jalan Apas. Satu lorong dengan SMK Titingan dan SK Kukusan. Kalau dari bandar Tawau nak menuju ke Airport, sebelum nampak  McDonald Tawau,jalan ke restoran Sri Titingan ni terletak di sebelah kanan jalan..so kena buat U-turnla dulu ye.
Restoran ni memang tak pernah putus dengan pelanggan. Memang menjadi antara tempat makan yang menjadi pilihan di Tawau. Dibuka sekitar pukul 3.00 petang hingga 10 malam, memang sangat meriah dengan orang ramai yg asyik menjamu selera bersama keluarga mahupun teman-teman.
Suasana biasa

Jom kita menjamu mata dengan beberapa menu menarik yang disediakan di Restoran Sri Titingan ni ;)
Gambar Ihsan dari google

Ni pula menu favourite saya dan hubby..yumyum..puasa hati.
Udang/sotong mangga Thai(RM10 )

Kangkung belacan (RM5)

Ikan merah or Kerapu Masam Asam Manis/3 Rasa
Jus Mangga For Me & Jus Tembikai untuk My Hubby..umphh..fresh

Ok itu sajalah dari saya..moga cadangan Tempat  Makan Best di Tawau ni sedikit sebanyak dapat memberi idea untuk anda memilih tempat untuk menjamu selera..terutama yg baru pertama kali sampai ke Tawau. Welcome to Tawau..lepas dah kenyang jangan lupa shopping di Pasar Gantung, Pasar Tanjung dan Pasar Ikan pula ye ;)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
dah banyak makan makanan laut yg tinggi dengan kolesterol ni kena neutralize balik dengan #omega guard dari Shaklee tau..sayangi jantung anda ;)

Pengedar Shaklee anda
Puan Dila 0139009956

Harga istimewa dan free consultation khusus untuk customer saya sahaja





Monday, October 20, 2014

Hobi| Berkebun Adalah Sunnah Rasulullah SAW

Hobi? Oh apa ye hobi saya..;)

Secara jujurnya sejak kahwin saya tak ada hobi yang khusus..so pada masa lapang saya akan buat apa-apa sahaja yg saya suka..tidur, shopping, masak-masak..menonton TV, do houseworks..pendek kata hobi saya macam rutin-rutin harian yg lain juga..tak best kan ;)



Busy nye mommy ni ;)

Berbudi Pada Tanah
Ok bercerita soal hobi..sebenarnya saya sangat suka berkebun. Berbudi kepada tanah..tanam sayur, pokok buah-buahan..tanam bunga. Terima kasih kepada bonda tersayang sebab kerana ma lah minat ini tersemai dalam jiwa dan sanubari sejak dari saya kecil lagi. Kalau balik kampung tengok pokok-pokok mangga yang pernah kami tanam sama-sama dahulu menggamit kerinduan yg teramat sangat kepada arwah ma.


gambar ihsan google

Walaupun saya sangat suka berkebun tapi sehingga ke hari ini hobi ini saya masih simpan sebagai hobi impian..alasannya sangat baik sebab kami suami isteri masih dalam fasa pindah randah satu Malaysia ;D (baik punya alasan padahalnya..hehe) so kalau berpindah tu kononya susah nak mengangkut pasu-pasu bunga or what ever yg saya tanam dalam pasu tu. Tapi InsyaAllah tahun depan hobi impian ini akan terlaksana. Dah menetap di rumah sendiri nanti boleh ajak Sarah berkebun sama-sama. Ajak papa Sarah dari 8 tahun lepas lagi tak berjaya. Apa nak buat ni bukan hobinya.


comelnyer..terbayangkan Sarah

Tengok sayur-sayuran dan bunga-bungaan yang bermacam-macam warna ni pun satu terapi sebenarnya. Dapat release stress yg mana sangat baik untuk kesihatan.


Satu terapi kesihatan

#1 Fakta Yang Jarang Kita Tahu Tentang Berkebun
Tahukah kita berkebun ni pun merupakan satu sunnah Rasulullah. Sepanjang hidup Rasulullah SAW, diriwayatkan baginda telah menanam 200 pokok. 
Kita lak dah tanam berapa pokok ye?...

Happy Blogging
Lately..pada masa lapang..selain dari buat kerja-kerja suri rumah..saya mula berjinak-jinak dengan dunia blogger ;) rupanya best ber blogging ni..rasa hidup tu lebih bermakna. Ini bukanlah bermaksud  hidup saya sebelum ini tidak bermakna. Alhamdulillah saya hidup dengan bahagia dan gembira selama ini ;) tapi sejak ber blogging ni..perasaan tu rasa sangat indah terutama apabila kita dapat berkongsi kebaikan dengan sesiapa sahaja. "Life is about sharing" kan..Indahnya hidup apabila memberi.

sementara tu jom kita isi masa lapang ni dengan aktiviti *menarik* ni :)


omg

Salam sayang,
Pengedar Shaklee anda Dila013-9009956







                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                               



                                                                       


Sunday, October 19, 2014

GLA SHAKLEE BANTU TINGKAT KESUBURAN WANITA

GLA Shaklee adalah suplemen semulajadi yang membantu meningkatkan kesuburan wanita. Merealisasikan impian untuk bergelar ibu..Macam mana tu?Betul ke....


Wanita mana yang tidak mengimpikan untuk bergelar ibu kan. Semua wanita lahir dengan fitrah sifat keibuan. Perasaan itu makin membuak-buak tahkala sudah bergelar seorang isteri kepada sang suami tercinta..namun tidak semua wanita yang bertuah untuk bergelar ibu..ada yang terpaksa bertahun-tahun menunggu kehadiran permata hati.


KENAPA SUKAR HAMIL?
Terdapat beberapa masalah kesihatan di kalangan wanita yang boleh menjadi punca wanita itu sukar hamil. Berikut adalah antara faktor-faktor utama punca ketidaksuburan di kalangan wanita
1. PID (Pelvic Inflammatory Disease): Ini adalah salah satu masalah utama penyebab kemandulan di serata dunia. Ianya adalah masalah penyakit kelamin berjangkit (STD – Sexually Transmitted Disease). PID mengakibatkan saluran peranakan tersumbat dan rosak. Ia juga boleh mengakibatkan risiko mendapat kandungan luar rahim (‘ectopic pregnancy’) lebih tinggi.
2. PCOS (Polycystic Ovarian Disease): Ini juga adalah masalah yang kerap di kalangan wanita moden di mana terdapat masalah hormone yang tidak seimbang di dalam badan di mana kilang telur pesakit mengidapi PCOS ini mengeluarkan hormone lelaki i.e testosterone yang berlebihan. Ini boleh menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur, darah haid yang berlebihan, obesiti, jerawat dan kesukaran untuk hamil.
3. Endometriosis: Pesakit yang mengalami endometriosis ini terjadi apabila lapisan dalam dinding rahim (‘uterine lining’) berada di luar rahim. Tiap-tiap bulan, cebisan-cebisan lapisan dinding rahim yang berada di luar rahim ini akan dirangsangkan oleh hormon di dalam badan di mana ianya akan menebal dan berdarah. Akan tetapi, lapisan dinding rahim tersebut tidak dapat mengalir keluar dari badan seperti mana dinding rahim yang normal. Oleh itu, ianya akan berkumpul dan akhirnya menjadi parut di dalam badan yang boleh merosakkan saluran peranakan dan juga kilang telur.
4. Abnormaliti pada rahim seperti septa atau fibroid.
WHO (World Health Organization) telah mengiktiraf bahawa ketidaksuburan adalah suatu penyakit.

BAGAIMANA GLA SHAKLEE DAPAT MEMBANTU TINGKATKAN KESUBURAN WANITA?


GLA (gamma-linolenic acid) yang tersedia di pasaran dihasilkan dari Evening Primrose Oil (EPO). Saya percaya ramai yang biasa dengar tentang EPO kan, terutama manfaatnya untuk mengatasi masalah senggugut dan dapat mencantikkan kulit. 

Kelebihan GLA Shaklee
  1. Berbeza dengan produk lain di pasaran, GLA Shaklee diekstrak dari borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dalam EPO.
  2. Borage juga adalah 3 kali ganda lebih dari segi bioavailibiliti dan 3 kali lebih berkesan dari EPO. (*Bioavailibilitinya dibuktikan secara klinikal dimana ia mampu menyerap dan mengadun ke dalam sel dan tisu)
  3. Shaklee mengekstrak GLA dari borage yg ditanam secara organik di kawasan Saskatchewan.
  4. Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik Omega-6.
  5. Digabungkan dengan minyak sunflower dan Vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya.
  6. Kesegaran dan keberkesannannya terpelihara oleh ShakleeGuard, anti-oksidan semulajadi yang dipatenkan


5 Manfaat Utama Dalam Membantu Mningkatkan Kesuburan Wanita

1. Mengawal selia estrogen dan testosteron
GLA membentuk postaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara

2. Menghalang komplikasi diabetisis
Merendahkan gula dalam darah, berkesan untuk diabetis semasa hamil dan usia tua.Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi.

3. Pelangsingan dan menghalang Penambahan Berat Badan
Merendahkan kolesterol LDL, menghalang penambahan berat badan dengan berkesan, memberi tone pada kulit dan otot untuk wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan yang cantik.

4. Menghalang Tekanan Darah Tinggi
Menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelak masalah jantung seperti arteriosklerosis dan myocardial infarction.

5.# BoNuS# Memperbaiki Tekstur Rambut
Memperbaiki rambut kering dan keadaan rambut gugur

Zuriat itu rezeki dari Allah..
Zuriat itu satu anugerah..
Zuriat itu satu amanah yang akan dipertanggungjawabkan..

Pada yg telah berjaya hamil tahniah saya ucapkan :) selamat menempuh perjalanan yang penuh keindahan bergelar ibu. Pada pasangan yang masih berusaha, percayalah saya amat memahami apa yg sedang anda alami..Penantian kami suami isteri selama hampir 6tahun tidak dapat diungkap dengan kata-kata..
Bertabahlah dear..Tuhan sedang menguji mu..kerana sayangnya Allah pada kita..jangan pernah putus asa..saya doakan impian anda akan termakbul.amin.

Salam sayang....

Pada yg berminat untuk mendapatkan produk hebat ini, GLA Complex dari Shaklee boleh hubungi saya Dila 0139009956 (ID 962481)

Dengan setiap pembelian, anda berhak untuk mendapat konsultasi lengkap dan berterusan dari saya pengedar Shaklee anda;)




PENGEDAR SHAKLEE BESTARI JAYA, KUALA SELANGOR


Hi and assalamualaikum ;)

Saya adalah pengedar Shaklee di Bestari Jaya (Batang Berjuntai) (Shaklee ID 962481)

Ini bermakna sebagai pengedar Shaklee di Bestari Jaya, Saya membuat penghantaran secara percuma / COD (Cash On Delivery) di kawasan Bestari Jaya dan penghantaran secara pos laju ke seluruh Malaysia. Penghantaran secara pos laju adalah dalam 3 hari bekerja.



Dengan setiap pembelian anda akan diberikan konsultasi pengambilan suplemen yang lengkap dan berterusan daripada saya. Ini penting bagi memastikan pengambilan vitamin adalah secara efektif dengan mengambil kira kondisi kesihatan semasa anda. Jadual pengambilan vitamin turut dibekalkan bersama. 

Berikut adalah kawasan cash on delivery (COD) saya. 

BESTARI JAYA, KUALA SELANGOR

Bukit Badong, Ijok, Bestari Jaya, Kota Puteri Seksyen 8, Kota Puteri Seksyen 5, Batu Arang

Bagi mendapatkan Vitamin Shaklee, anda boleh menghubungi saya di talian 
Cikgu Dila 013-9009956

~Shaklee Vitamin untuk Keluarga~

Pengedar Shaklee Bestari Jaya
Rosadilawati (Shaklee ID 962481)






Wednesday, October 15, 2014

MAGGI KETAM DAN NASI KHAUMOK HOMEMADE RECIPE

Alhamdulillah dah masuk cabaran ke 5 sudah berblog..dan tajukkan adalah seperti tertera di atas..Homemade Recipe..wallah...cerita bab makan-makan  ibu mengandung ni terus kecur liur..ye lah dah berpantang nanti jamu mata ajelah..huhu

Saya dikira bolehlah memasak sebab tak pernah lagi encik suami muntah2 pas makan apa yg saya masak..siap bertambah-tambah lagi adalah..mudah je buat kesimpulan sendirikan..tapi klau mertua tengok pun tahu anaknya cukup makan :)
Kalau nak masak untuk ramai tu pula idak ler saya confident sangat lagi..setakat 3,4 buah keluarga boleh la entertain lagi..lebih pada tu catering ler jawabnya..

Ok untuk enti kali ni..saya nak share 2 homemade recipe yang terlintas di kepala sekarang ni..

Homemade Maggi Ketam 

#Resepi 1: Maggi Ketam
Resepi nak buat maggi ketam ni saya ambil daripada  internet je..bila dah siap memang tak mengecewakan..sedaplah yg amat..tambah2 dapat lak Mr Crab yg fresh dan bersaiz XL kat pasar itu hari..memang perfect!

*boleh dapat resepi tu dari sini yea..terima kasih kepada K.fiza;)

Ni lah untung bila masih bermastautin di Negeri Bawah Bayu ni..hasil lautnya fresh2..;)murah lak tu..rm15 je sekilo Mr Crab ni..


 Homemade Nasi Khaumok aka nasi Baryani Thai

#Resepi 2: Nasi Khaumok aka Nasi Baryani ala Thai
Ni antara homemade recipe kegemaran suami..klau masak Nasi Khaumok ni memuji tak abis la encik suami..nasi Khaumok ummi la yg the best katanya :) layankan je..kena dengan selera cinta hati..alhamdulillah.

Resepinya dah ada pada peket rempah Nasi Khaumok ni..so follow je..sangat senang..yg lain-lain tu (ayam, sos lada, kicap)  saya buat macam buat nasi ayam..Cuma nasi je yg diubahsuai pakai rempah khas tu. Rempah tu mak saya beli di Narathiwat..isteri pak imam yang buat..so memang dijamin halal.
Memang sangat awesome Nasi Khaumok Homemade ni!

Rempah untuk Nasi Khaumok

Cukup je lah 2 homemade recipe kan..klau nak lebih2 korang kena tunggu lain entri plak ye..selamat mencuba dan menjamu mata..:)

Mencari Pengedar Shaklee Tawau,Pasir Mas, Kota Bharu hubungi saya 

Rosadilawati/Dila (ID 962481) – Pengedar Shaklee Tawau, Sabah
FB: Rosadila Abdul Rahman
Page: Ummi Sarah Vitamin Shop
No Tel: 013-9009956
COD area: Merotai Besar, Felda Umas, Area Bandar Tawau, Pasir Mas, Rantau Panjang, Kota Bharu

VITAMIN SHAKLEE YANG PERTAMA KALI SAYA MAKAN| CABARAN BLOG DAY 4

Vitamin Shaklee yang pertama saya makan ialah "Vitalea Iron Formula" yes..multivitamin pertama di dunia! 
Tapi kenapa Vitalea yea? :)

Orang kata tak kenal maka tak cinta kan..jom kenali serba sedikit Kelebihan Vitalea

Vitalea Shaklee ataupun multivitamin Shaklee seperti yang telah saya nyatakan adalah multivitamin pertama dicipta di dunia.

Hebatkan Vitalea Shaklee ni mampu bertahan dan menjadi pilihan ramai sehingga sekarang. Nama asal Vitalea Shaklee adalah Vitaled Minerals dan wajah asal vitalea adalah dalam bentuk cecair. Kini Vitalea Shaklee telah didatangkan dalam bentuk tablet yang menggunakan Teknologi SalutanMikro asid Folik Berpaten.

Alkisahnya...pertama kali saya dengar tentang Shaklee ialah pada tahun 2008 or 2009..lupa pulak ;) masa tu lepas meeting guru..ada saler datang promote produk-produk Shaklee..so dengan jakun nya saya tanya kawan sebelah..Shaklee ni bagus ke kak? And she say YES..lama dah produk  Shaklee ni tapi mahalla skit katanya..
Actually TAK MAHAL pun ;) 120 biji tahan untuk 4 bulan..compare dengan retail price macam belanja 74sen je..tapi tgk apa manfaat yg kita blh dapat dari 1 biji sehari ni...klau jadi ahli lagilah jimat berganda..


Ok disebabkan pada waktu tu saya dan suami tengah berusaha gigih nak dapatkan baby so saya belila multivitamin aka “Vitalea” sbb fikir jimat..dalam satu botol ada semua mineral & vitamin..satu lagi yg saya ambil ialah Herbalax sbb kebetulan ada masalah pembuangan..selalu sembelit. Saler tu kata bagus ambil Herbalax dulu bagi detoks dan maksimunkan penyerapan Vitalea tu..i follow je la..
ESP saya tak ambil masa tu walau puas dipujuk sebab saya fikir soya tak bagus untuk hormon. Hormon pula berkait rapat dengan kesuburan. Secara tak langsung saya fikir pengambilan ESP akan menyebabkan saya semakin sukar untuk hamil. Bila difikirkan balik ruginya sebab saya tak mendapat cukup informasi pada waktu itu...Energizing Soy Protein (ESP) ni sangat special sebenarnya..bukan sebarang protein soya.

PROTEIN SOYA SHAKLEE IALAH NON-GMO SOY!


ESP Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism). Ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.

KELEBIHAN ESP INI ialah:

1) ESP membantu membina dan perbaiki tisu-tisu badan, dari sel akan terbentuk organ. Dari organ terhasilnya sistem. Ia penting kepada pembentukan janin dan juga membantu untuk menambahkan susu.
2) Menyediakan 14gram protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk sihatkan jantung
3) Setiap hidangan membekalkan 50% daripada Nilai Harian kalsium untuk menyokong tulang yang kuat
4) Kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat,payudara dan menepous
5) Indeks glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah

Bagaimana pula ESP membantu dalam KESUBURAN?

Soy Protein Shaklee (ESP) mengandungi 14 gram protein soya semulajadi yang baik pada setiap hidangan. Ia tidak mengandungi kolesterol dan laktosa. Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya.

Sumber protein amat penting untuk pembentukan folikel telur wanita seterusnya berkembang untuk menjadi ovum matang yang berkualiti. 


Mencari Pengedar Shaklee Tawau,Pasir Mas, Kota Bharu hubungi saya 

Rosadilawati/Dila (ID 962481) – Pengedar Shaklee Tawau, Sabah
FB: Rosadila Abdul Rahman
Page: Ummi Sarah Vitamin Shop
No Tel: 013-9009956
COD area: Merotai Besar, Felda Umas, Area Bandar Tawau, Pasir Mas, Rantau Panjang, Kota Bharu


CONTEST SUKA SUKE | PERCUTIAN IDAMAN SAYA

Cabaran hari ke-2 diteruskan..tajuk untuk hari ke dua ni memang menarik and boleh lah sama-sama kita berangan sampai ke langit jap :) Bercerita tentang percutian idaman ni memang terlebih-lebih dah  idea..:) ..memang banyak destinasi menarik yang menjadi impian di hati.. Disebabkan takut lenguh jari-jari menaip ;P so saya akan pick beberapa je destinasi percutian idaman saya..apa org kata best among the best..



Ok pertama sekali percutian idaman saya ni mestilah bersama insan tersayang..suami dan anak-anak. Klau ada rezeki lebih, lagi best klau dapat bercuti bersama keluarga besar sekali..mak ayah dan adik beradik yang lain..mana lah best bercuti sorang2 kan..mati akal klau tak boleh bersembang rasanya.

Destinasi 1: New Zealand

Saya ni memang pecinta alam sejati so sejak tengak cite LOTR (Lord Of The Ring)..memang saya bercita-cita nak datang ke sini..nak tengok dan rasai sendiri keindahan muka bumi ciptaan Allah ni..bukit bukau..gunung ganang..nanti klau sakit lutut boleh la cari tongkat macam Gandaf tu ;)
nak senang lagi telan je 3-4bijik #ostematrix



Heart Lake, New Zealand


Destinasi 2: Andalusia, Spain

Bagi saya Andalusia adalah satu destinasi indah yg menyimpan sejarah hebat ketamadunan Islam. Namun di sebalik sejarah hebat kegemilangan Islam di Andalusia..terpahat tragedi hitam..yang begitu pahit untuk dicerna oleh umat Islam saat kejatuhan kerajaan Islam di Andalusia.

Jom kita terokai sedikit sejarah ketamadunan Islam di Andalusia..

Nama Andalusia diambil sempena istilah bahasa Arab, Al Andalus, merujuk kepada bahagian jazirah Iberia yang dahulunya berada di bawah pemerintahan Muslim.
Sebenarnya, Islam mula masuk ke Sepanyol pada 92 Hijrah di bawah kepemimpinan Panglima Tariq bin Ziyad, Musa bin Nusair dan Abdul Aziz bin Musa. Selepas kemasukan mereka melalui Jabal Tariq (Gibral Tar) pada tahun itu, Sepanyol kemudian muncul menjadi negeri paling makmur.
Pasukan Islam tidak hanya berhenti di Sepanyol, malah terus memperbesarkan empayar ke negara sekitar seperti Perancis. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou dan Tours.
Walaupun pasukan Islam sangat kuat dan memiliki kekuasaan yang luas, tetapi mereka tetap mengutamakan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah barat yang juga kawasan pergunungan.
Islam sudah menerangi Sepanyol dan oleh kerana sikap penguasa Islam begitu baik dan rendah diri, ia terus mendorong warga Sepanyol yang tulus dan ikhlas memeluk Islam.
Mereka bukan hanya beragama Islam, namun amat mempraktikkan kehidupan secara Islam. Mereka tidak hanya membaca al-Quran, malah bertingkah laku berdasarkan al-Quran. Suasana sedemikian berlangsung hampir enam abad.
Namun begitu, ketika Islam kian kukuh di Andalus berabad-abad lamanya, ia tetap dikeliling orang kafir Sepanyol yang sedia menanti untuk menghapuskan Islam, tetapi selalu gagal.
Beberapa kali dicuba, namun tidak berhasil. Mereka kemudian menghantar perisik untuk mengkaji kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik menemui cara bagi menakluki Islam di Sepanyol, iaitu melemahkan iman dengan serangan pemikiran dan budaya.
Musuh kemudian secara senyap menghantar arak secara percuma ke wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk memujuk golongan muda agar lebih suka menyanyi dan menari daripada membaca al-Quran.
Punca lain adalah perbalahan dan permusuhan sesama sendiri sehingga mewujudkan 20 puak yang mempunyai negeri masing-masing. Antaranya Bani Jahur, Bani ‘Ibad, Bani al-Aftas dan Bani Nun. Ekoran wujudnya pelbagai puak, mudahlah musuh Islam di Andalus merebut kembali tanah. Apa yang menyedihkan, ada umat Islam yang ‘menjual’ agama dan negara demi kepentingan peribadi.
Perlanggaran penjanjian yang menjamin keselamatan umat Islam dari Andalusia..dan peristiwa pembunuhan beramai-ramai umat Islam Andalusia begitu meruntun jiwa.

~sumber Utusan Malaysia 18.06.2012~

Memang amat menggamit hati untuk menyelusuri sendiri jejak sejarah Islam di sana.


Mosque Cathedral of Cordoba


Destinasi 3: Venice, Itali

Yang ni semua gara-gara iklan tv dulu-dulu yg ada tunjukkan gondola tu :) tapi Itali memang diakui sebuah negara yang cantik, tengok sahaja kepada senibina bangunannya yang klasik. Orang-orang Itali pun terkenal dengan kecantikan dan handsome kan..(ni en suami la yg bagitau) hehe
Tahun depan ( 2015)  insyaAllah Itali akan menjadi destinasi free trip Shaklee. Klau lah termasuk saya di situ..memang seperti bulan jatuh ke riba..hehe.doakanlah ye..miracles happened right?


Italy Venice Canal




Destinasi 4: London, UK

Why not visit London? kan ;)


London Bridge

London Whitehall and Parliament


Destinasi 5: Korea Selatan

Ini kisah cinta dari mata turun ke hati..bermula dari minat menonton drama-drama korea..memang hati meronta-ronta nak pergi melancong ke sana. InsyaAllah perancangan dalam masa terdekat..tunggu baby yg akan baru lahir November nanti besar sikit..kita pergi cuti-cuti korea ye..yeayy

Gyeongbokgung Palace

Pulau Nami

Memori Winter Sonata..waa romantik2 gitu :)

selamat bercuti semua..salam sayang..


Mencari Pengedar Shaklee Tawau,Pasir Mas, Kota Bharu hubungi saya 

Rosadilawati/Dila (ID 962481) – Pengedar Shaklee Tawau, Sabah
FB: Rosadila Abdul Rahman
Page: Ummi Sarah Vitamin Shop
No Tel: 013-9009956

COD area: Merotai Besar, Felda Umas, Area Bandar Tawau, Pasir Mas, Rantau Panjang, Kota Bharu